| PEMUDA UMNO SELANGOR VS KARPAL SINGH AT PARLIAMENT LOBBY |
| DEKLARASI SOKONGAN UMNO BAHAGIAN GOMBAK TERHADAP TUAN HAJI MEGAT ZULKARNAIN |

Kami ahli-ahli UMNO Bahagian Gombak yang mewakili 185 cawangan UMNO dalam Bahagian Gombak, berikrar akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Yang Berbahagia Tuan Haji Megat Zulkarnain bin Dato’ Haji Omardin selaku ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak.
Kami juga dengan sebulat suara menyokong tindakan yang telah diambil oleh Tuan Haji Megat Zulkarnain bin Dato’ Haji Omardin di dalam mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu dan mempertahankan maruah dan juga nama baik Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia khasnya dan amnya pemuda-pemuda bangsa melayu yang beragama islam yang telah di ‘celaka’ kan oleh karpal singh yang bersikap teramat biadap.
Kami juga, akan bersama-sama dengan tuan Tuan Haji Megat Zulkarnain bin Dato’ Haji Omardin sekiranya tindakan undang-undang diambil ke atas beliau memandangkan beliau bukan memperjuangkan kepentingan individu tetapi beliau telah memperjuangkan maruah bangsa melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang agar jangan cuba membangkitkan kemarahan bangsa melayu.
Kami juga mendesak karpal singh memohon maaf secara terbuka kepada bangsa melayu khususnya dan Pergerakan Pemuda UMNO amnya di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau dalam sidang parlimen tempoh hari.
Kami juga, memberi ingatan yang sekeras-kerasnya kepada karpal singh supaya tidak lagi mengeluarkan perkataan-perkataan yang kesat dan juga kata-kata yang boleh menimbulkan hasutan diantara kaum dan juga kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Kami juga berharap agar pihak-pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap karpal singh kerana mengeluarkan kata-kata yang berbau hasutan dan yang boleh menimbulkan ketegangan diantara kaum di bumi Malaysia.
| Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Sekolah |

Pada 03/01/2009 yg lalu Biro Kebajikan dan Pengaduan Awam Pemuda UMNO Gombak yang di pengerusikan oleh Sdr Sharihar Izudeen Irwan di bawah kepimpinan Tn Haji Megat Zulkarnain Bin Dato Haji Omardin selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak telah mengambil kesempatan bagi meneruskan agenda parti keramat ini dengan menganjurkan satu program yg penuh bermakna yang mana biro ini telah menganjurkan majlis penyampaian bantuan peralatan sekolah kepada pelajar-pelajar bagi membantu keluarga miskin dan seterusnya meringankan beban perbelanjaan ibubapa.
Seramai 75 orang anak-anak diantara umor seawal 7 tahun hingga 12 tahun yang telah dipilih,telah menerima bantuan di dalam majlis ini dan telah di rasmikan oleh Tuan Haji Rahim Kamarudin selaku Ketua Umno Bahagian Gombak.
>> Baca seterusnya
| Kursus Motivasi Perniagaan |
"Program Kursus Motivasi Perniagaan"
Anjuran Wanija Resources dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak.
Pada:27hb Desember 2008
Tempat:Dewan Makmur Bio Team Sdn Bhd.
| MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI ANJURAN PPUBG DI PINGGIRAN BATU CAVES |
20 Dis 2008, Sabtu 8.00am - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak buat julung kalinya telah menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-ramai bersama Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa Pinggiran Batu Caves Fasa 2 dengan kerjasama Persatuan Penduduk, Jawatankuasa Rukun Tetangga, Surau Darul Hidayah Pinggiran Batu Caves Fasa 2 serta Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Rahim Bin Kamaruddin, Ketua UMNO Bahagian Gombak.
PPUBG yang dipimpin oleh Haji Megat Zulkarnain Dato' Haji Omardin merasakan adalah menjadi tanggungjawab Pemuda kepada masyarakat khasnya bagi keluarga yang mempunyai tanggungjawab yang tinggi seterusnya meringankan beban mereka. Seramai 51 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam majlis ini dan mendapat sambutan yang memberangsangkan serta kerjasama yang baik dari masyarakat setempat.
|